Assalamualaikum..
lagi aku nak cerita. sempena hari jumaat yang mulia nih aku nak cerita yang baik baik sahaja.
ewahh. aku sekarang tengah duduk tengok motor yang lalu depan "office" aku nih hah. dengan jubah. nak ke masjid agaknya. Nak solat jumaat.
Okay. nak cerita.
Dekat opis aku nih ada seorang anggota lama yang sekarang nih jadi penyelia aku. Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula nak masuk opis. Dia terbaring kat sofa ruang tamu opis dengan dengkuran yang boleh menakutkan para "tetamu" yang datang. HAHA.
Aku selalu gak gelak. Yala, orang datang then ditemani plak dengan dengkuran cik tuh. Mase nak buat "SKDD", aku tengok siapa penyelia aku tengok-tengok cik tuh. Haishh. kenapa plak cik nih yang jadi penyelia aku kan? mungkin sebab aku selalu ejek dia kot. haha
Aku pernah bekerja satu shift dengan dia. Ada kadang-kadang tuh dia boleh tetidur. Kekadang aku rasa nak buat bising je,bagi dia bangun. Tapi satu yang aku suka dengan cik ni, dia rajin. Dia malas, tapi Dia rajin. tak faham? maksud aku, ada benda yang dia rajin dan ada benda yang dia malas nak buat.
Kalau korang tengok kat luar opis ni, dia siap bercucuk tanam tau. Mungkin dia boring kot dengan kerja ni, so,lebih baik dia bercucuk tanam kat belakang dan tepi opis. HAHA. suka lak aku tengok orang bercucuk tanam. macam bapak aku. Oh ya, umur penyelia aku nih dalam lingkungan 40 an la.
Dia kekadang ringan mulut cerita tentang hal rumah tangga dia dengan kitaorang. Sampai satu tahap, dia cerita dia kahwin baru sebab dia... malas aku nak cerita. Takpe. Dia mampu. asal dia adil,sudahla.
Lagi satu aku suka dengan dia. Dia baru masuk islam tau. tapi ilmu dia lebih banyak dari aku nih hah. Solat dia tak pernah tinggal. tak macam anggota yang lain. Alhamdulillah. Bertuah isteri dia dapat cik nih. Bertuah anak dia dapat ayah macam ni. Baik.
Aku happy dia jadi penyelia aku. WHY? sebab dia tak banyak cakap. tak macam penyelia kawan aku tuh. tak abis nak sindir-sindir orang. penyampah pulak aku.
okay la.
apa pun, aku doakan kebahagian cik tuh dengan keluarga dia. :)
#xoxo
No comments:
Post a Comment