20141030

SUSU SOYA,LOVE YOU !


Assalamualaikum..

sejak dua tiga hari nih, tekak aku memang nak soyaaa je.pagi tadi cik tunang hantar pegi keje pun sempat suroh dia singgah kejap kat petronas sebelah opis aku. nak beli soya.

Cik. Tunang : tak takut ke minum soya hari-hari? nanty mandul.

haisssh... bila masa plak soya boleh buat orang mandul?

Cik. Tunang : betull... nih FAKTA bukan AUTA..

aku dengan slamba je laa jawab..

kita ada ALLAH laa hubby, percaya dengan ALLAH je la.

T,T

apelaa cik tunang nih. cakap sebarang je dalam hati aku. tapii... tertanye-tanye gak.. so,aku sampai opis.. letak barang then ON PC. click "KEBURUKAN SUSU SOYA'

jengggggg...


banyak oang bagi review keburukan. ada gak kebaikan. yang part keburukan tuh orang cakap boleh hilang kesuburan laa, boleh lembapkan otak anak la, boleh lemahkan bahagian apatah. aku lupe.

yang ni aku tak suke. dah part aku sukeeee,ade yang tak betul. haisshh. bukan apa, aku nih kononnyeee laa, nak minum susu soya tuh bagi puteh ckit muka nih hah.. hahah.

dulu mase hakak nor aku pregnant kan. oh. anak dia yang ke dua tuh. ARIEYANI. dia asyik minum susu soya je. yelaa. mengidam laa namanya kan. memang kalau boleh hari2 bekotak-kotak dia minum.. lepas tuh mak aku bising laa, sebab asyik nak minum soyaa je kan. hari-hari pesan kat mak. nak soya. nak soya. nak soya. lenguh laa kaki mak aku nak beli kat kedaii.

tapi bebaloi tau, dia minum susu soya mase tuh. kenape? sebab mase anak dia lahir..memang puteh melepakk. puteh tak tahu ikut sape. ikut bapak dia. memang tak laaa. abang ipar aku kulit macam pasha sandar ckit. nak ikut hakak nor..hmnmm..aku cerah lagi dari dia kot. so, confirm laa anak buah aku tuh ikut susu soyaaaa ! haa, tapi ALLAHUALAM la. semua tuh kerja ALLAH. ade orang minum susu soya begelen-gelen mase pregnant then bile lahir tak puteh pun. so, bertuah laa hakak aku ade anak puteh macam makcik umie dia,aku. EH ! EH ! nampak tak aku perasan part tuh?? haha.

so, sekarang aku tak tahu nak teruskan minum soya or tak. kang bising plak cik tunang. takut aku man""" laa tuhh. haha. haissh mulott !


okay laa korang. saje je buat entry. jangan cakap aku nak kondem or nak promote susu soya plak. takde kene mengenaa langsung.

nak sambung buat keje..


xoxo korang !

20141024

Selesai satu stage ! kursus pra-perkahwinan


Assalamualaikum

Alhamdulillah. selesai satu stage.
aku dengan cik tunang dah ada sujil kursus pra-perkahwinan. posr je kat wechat semua wish congrats. rasa macam nak kawen esok je. hahaha. tapi takpe laa, doa kan?

kursus selama dua hari. apa yang aku boleh cakap. boring. tapi yang gunanya kursus nih sebenarnya,

ustazah dan ustaz yang bagi ceramah tuh ajar bab-bab akidah, ibadah, cerai, cara berkomunikasi, dll. macam-macam lah korang akan belajar nanti. bab dia semua best tapi bila dah part "cerai" , "talak", dan "poligami" tuh aku KURENK ckit. bukan nak tolak sunah NABI tapi perempuan sensitif sangat bab nih hah.

aku cakap kat cik tunang aku tak suka ustaz tuh cerita part=part macamtuh. then cik tunang relax je cakap, tuh cuma untuk pengetahuan. hm. yela pengetahuan.

kawen tak lagi. dah sebok nak tau part tuh. aku siap dah pesan dengan cik tunang. takde pompuan yang suka "sharingkan" ade eh ayat tuh? lantakla. haha.

kalau boleh nanti kawen biar bahagia sampai akhir hayat. kalau nak bahagia lagi, sampai jannah.

dari kursus tuh, ada gak lah bagi aku kesedaran macamana nak jadi isteri yang baik. cuma part ikat perut suami tuh aku susah ckit. kene banyak belajar masak nih hah.

takpe. cik tunang saye, nanty saye belajar masak eh. bagi cik tunang makannn :)


okay la. bagi korang yang belum ambik sijil nih. ade lebih baik ambik mase mude. :) ambik kursus je pown kan. nanty bila nak kawen takyah terhegeh-hegeh nak ambik.

ok.

xoxo !

20141020

Dia la. Dia la. sape? sugar honey bunny bumbum saya !










Dia sugar honey bunny bumbum saya !
Cik ayun
Budak transport tuh ha.

saje nak bagi kenal.

auch !

sila jangan muntah.

haha

bubyee

xoxo

Aku, Hubby, Kursus Kahwin. SYOK kot...


Assalamualaikum :)

lama tak update belog. banyak sangat keja kat balai. eh . balai? syttt. diam.

haha

hm. nak cakap nih hah. esok. esok. esok. 22.10.2014 aku dengan hubby ambik kursus kahwin. yeaayy ! dari dulu lagi nak ambik sebenarnya tapi yala, mulut je yang cakap tapi tangan tak jalan tak boleh jadi jugak. kan? kan?

rasanya aku baru je dua bulan lebih couple dengan hubby. dia dah siap ajak aku register kursus kahwin. adalaa, nampak dia punya keseriusan dengan aku. kan? thank you hubby !

selalu kalau kursus kahwin orang buat ape ek? duduk je kan? dengar ceramah je kan? alaaa.. macam boring je. boleh tak diorang bagi je sijil tuh hah. kan senang? tapi rasanya ceramah nih bagus jugak. kot-kot banyak ilmu yang boleh aku dan hubby dapat dari ceramah nih nanty.

kawan aku dah ambik kursus nih. dia cakap penceramah siap bagi tunjuk ajar cara yang betul nak buat tuh. alaa, nak buat tuh. dia bukan bagi demo. dia cakap je. otak korang bagi bersih ckit. haha. hm. kalau part tuh aku suka ! ahaha. takde la. terserlah pulak gatal kan? miang...

tak sabar nak tunggu esok. yalaa kursus kahwin. lepas kursus dapat sijil plak. ee. best nye. haha.

kawan aku cakap, tak best ambik kursus tuh dengan boyfie or tunang. alaa, romantic apa ambik sama kan? aku rasa happy dapat ambik dengan hubby. tambah satu lagi kenangan aku dengan hubby.

ikut tahun nih dah dua tahun berturut-turut birthday aku ade "event'. last year birthday aku, aku g derma darah. this year plak aku ambik kursus kahwin. next year? kahwin kot. hahaha. kalau kahwin takpe. jangan kojol suda. ee. mulott ko umie !

haha.
okay la korang. ape2 nanty aku update lagi tau. tapi rase nya susah ckit nak update. yelaa guna PC balai nih payah ckit. haha.

bye.

XOXO




















20141012

Dengki memang macam tuh.


Assalamualaikum

hye, korang pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat dengki dengan korang. I meant dengki dengan love relationship korang. aku just benggang je sebab ramai sangat kat area aku nih suka sangat tepi kain orang. kalau boleh semua dorang nak tahu.

semalam laa aku paling benggang. mane tak. gambar lame orang nak kecoh.

bayangkan korang pernah bergambar dengan lelaki lain. berdua. then korang couple plak dengan boyfie korang tuh.. tetiba orang bagi gambar lama tuh dekat boyfie korang. sakit aty tak?

taknak salah kan si boyfie. sebab dia pun tak tahu yang tuh gambar lama. yala. sapa yang tak sakit aty orang buat kita macamtuh kan? kawan sama kerja pulak tuh. haishhh. teringin sangat nak tahu sapa yang baik hati sangat send gambar tuh. tapi tuh la si boyfie berkeras tak nak bagi tahu.

apa pun buat si baik hati yang sebarkan gambar tuh,

terima kasih banyak-banyak !

20141011

Ehek ! Belog baru lagi ?


Assalamualaikum,

Bukan la. ini bukan belog baru. belog yang di recycle sahajaaaa :D

older post semua dah delete.
gambar lame semua dah delete.
comment lame semua dah delete.

kenapa?

alaa. hidup baru.

eh. camne agaknya kalau orang dah mati then hidup balik. boleh ka?

loy,mana boleh!

Hope belog yang di recycle nih x ada re-recycle lagi.

hm. terlalu banyak cerita yang aku nak cerita dalam belog nih. tapi ilek, jap agi takde orang nak buat report aku curi-curik update k. haha.


xoxo.