20141229

Jangan kuat merungut,Umie !


Assalamualaikum,

lately, aku banyak merungut. Apa yang dirungut pun aku tak tahu.

aku rasa orang yang ada disekeliling aku nampak macam terlalu bias dengan aku.

hm.

tadi aku ada buka belog orang. aku taip je "keburukan merungut". macam-macam keluar. Bila aku dah abis baca rasaa macam aku pulak yang tak tahu bersyukur. mungkin memang ini nasib aku. orang pandang rendah, orang pandang lain. memang dah tertulis nasib aku macam tuh. kan?

sedeh :(

20141227

Bila itu ini tak kena


Assalamualaikum..

tak sabar rasanya aku nak beli lappu baru. dapat ngeupdate entry bila-bila aku nak.
update belog kat opis nih rasa macam mencurik je. yela teleng kiri,teleng kanan, takut orang baca.

aku tak abis update lagi, mana boleh siapa-siapa baca. kan?

okah. hari nih aku rasa macam semua benda tak kena. in charge aku siap sindir aku lak. okay aku cerita.

Semalam aku dah deal dengan sama shift aku, nak balik awal. Bukan saja-saja balik awal okay. Aku nak beli ticket. dah tuh hari nih lak in charge siap sedap sindir aku, "belum pukol 4 dah nak balik?"

aku buat muka bodoh dan senyum.

nak balas balik memang tak sampai hati. Orang tua tak kan aku nak balas balik kan?

rasa tak adil ja, bila aku buat mistake sikit then orang tuh nak bising. tapi bila kawan aku mistake dia boleh dia tak sindir tak perli. WHY MUST ME?

sama la. tak kan sebab orang tuh satu negeri kau nak bias? not fair la.

dah la hari tuh kau siap sedap mulut je cakap orang sabah selalu menyusahkan. I still keep the texts. jangan ingat aku dah buang.

sakit ati.

cubala, kalau ye pun nak tegas, biarlah adil. jangan sindir orang yang kau tak suka. orang yang kau suka boleh buat mistake kau tutup mulut.

kadang-kadang aku tak faham dengan ragam manusia.

ke..

aku yang salah sebab banyak merungut?

entahla.

semak otak fikir.


~xoxo


















20141218

Dia,Penyelia saya.


Assalamualaikum..

lagi aku nak cerita. sempena hari jumaat yang mulia nih aku nak cerita yang baik baik sahaja.

ewahh. aku sekarang tengah duduk tengok motor yang lalu depan "office" aku nih hah. dengan jubah. nak ke masjid agaknya. Nak solat jumaat.

Okay. nak cerita.

Dekat opis aku nih ada seorang anggota lama yang sekarang nih jadi penyelia aku. Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula nak masuk opis. Dia terbaring kat sofa ruang tamu opis dengan dengkuran yang boleh menakutkan para "tetamu" yang datang. HAHA.

Aku selalu gak gelak. Yala, orang datang then ditemani plak dengan dengkuran cik tuh. Mase nak buat "SKDD", aku tengok siapa penyelia aku tengok-tengok cik tuh. Haishh. kenapa plak cik nih yang jadi penyelia aku kan? mungkin sebab aku selalu ejek dia kot. haha

Aku pernah bekerja satu shift dengan dia. Ada kadang-kadang tuh dia boleh tetidur. Kekadang aku rasa nak buat bising je,bagi dia bangun. Tapi satu yang aku suka dengan cik ni, dia rajin. Dia malas, tapi Dia rajin. tak faham? maksud aku, ada benda yang dia rajin dan ada benda yang dia malas nak buat.

Kalau korang tengok kat luar opis ni, dia siap bercucuk tanam tau. Mungkin dia boring kot dengan kerja ni, so,lebih baik dia bercucuk tanam kat belakang dan tepi opis. HAHA. suka lak aku tengok orang bercucuk tanam. macam bapak aku. Oh ya, umur penyelia aku nih dalam lingkungan 40 an la.

Dia kekadang ringan mulut cerita tentang hal rumah tangga dia dengan kitaorang. Sampai satu tahap, dia cerita dia kahwin baru sebab dia... malas aku nak cerita. Takpe. Dia mampu. asal dia adil,sudahla.

Lagi satu aku suka dengan dia. Dia baru masuk islam tau. tapi ilmu dia lebih banyak dari aku nih hah. Solat dia tak pernah tinggal. tak macam anggota yang lain. Alhamdulillah. Bertuah isteri dia dapat cik nih. Bertuah anak dia dapat ayah macam ni. Baik.

Aku happy dia jadi penyelia aku. WHY? sebab dia tak banyak cakap. tak macam penyelia kawan aku tuh. tak abis nak sindir-sindir orang. penyampah pulak aku.

okay la.

apa pun, aku doakan kebahagian cik tuh dengan keluarga dia. :)

#xoxo

20141212

Break saja la dengan lelaki macam tu


Assalamualaikum :)

buek gapo? nak temeyyy?

Meh nak cerita ckit pasal gossip sementara orang takda yang buat report so, aku bagi laa gossip Free pepagi nih hah.

Cenggini ceritanya,

aku ada seorang kawan. ye. kawan pompuan. Nak cikap terlalu super excited dalam percintaan tak jugak. Tapi yelaaa. aku bercinta takda rak macam dia. Boyfriend dia dok jaoh. jaooooooooooohhhhhh. kalau nak jumpa setiap bulan memang tak la. apatah lagi nak jumpa setiap minggu dan hari. kalau dia anak dato' pun rasenye taknak kot jumpa hari-hari. yela. dah aku cakap tadi kan? jaohhhhh. kalau beli heli sendiri pun, penat kot nak drive heli tuh mai cni.

So, disebabkan jaoh. Handphone, wechat, whatsapp itu adalah sangat penting. Nasib baik laa ada teknologi ni, kalau zaman mak bapak aku guna burung, burung pun boleh siap cakap dengan tuan dia "penat la boss" . kan?

Kawan aku nih...

dulu dia single tau. mase tuh aku dalam proses kenal cik tunang aku nih hah. dia lak busy dengan rakan wechat dan whatsapp dia. lepas tuh tetiba je...

"babe, ingat tak kawan yang aku cakap dulu tuh?" dengan excited nya dia bertanya.
"oh.. yang mane? " dengan muka blur.
"alaa, yang aku cakap rapat dengan aku tuh. yang kerja kat kapal tuh." jelasnya.
"ohhh, kenapa dengan dia?"
"dia tetiba call aku tady tau, ajak coupleeee !" happynya
"eh ! tetiba terus nak coupleee. dah lama kenal ke? tanya ku. pelik.
"lama lah. dia kawan aku dulu"
"ohh.. congrats then. yeayy ! ada boyfriend dahhh. "

Yes. mase tuh memang aku kira support setia dia la dengan lelaki tuh. tapi sekarang. honestly, rasa nak bagi penyepak.

why?

Almost four weeks dia tak contact kawan aku. Yang kawan aku plak setiap hari dan hampir setiap masa duk call mak dia. okay. aku memang tak kesah. bukan hal aku kan. tapi bila aku tanyaa...

"babe, dia ada call tak?"
"takda."
"dah berapa minggu tak call? msg takda?
"takda. dah empat minggu" jelasnya. pendek.

oii, kalau aku dapat lelaki macam tuh memang say GOOD BYE directly. tapi tuh la dia cakap susah sebab dah terlanjur rapat dengan mak dia. I knew she love that guy too much. tapi kekadang dia sepatutnya perlu berfikir. Plan nak kahwin. tapi kalau dia buat and layan kawan aku macamtuh memang aku pun jadi taksuka. That's we call as "friend". I just want to see she happy with her lover.

Nih kalau malam nangis. Hentak hentak kaki kat katil. bad mood datang keja. aku pun malas nak tengok. aku dah nasihatkan dah. Cuba bincang. Tapi tuh laa. malas nak cakap.

Pompuan suka ngade ngade. macam aku. dah tahu tahun depan nak pakai duit banyak maseh ngade nak mintak dengan cik tunang belikan Ipong5 or note 4. Kekadang aku tau, cik tunang boring dengan aku nak mintak itu ini. Barang mahal pulak. so, aku agak consider bila dia tak layan aku nak Ipong tuh. takpe. ada duit aku beli sendiri. diri sendiri ada keje kan. saja nak ngade-ngade dengan cik tunang.

Tapi kawan aku nih lain. Dia mintak itu ini. then boyfriend dia cakap "Money most important than you".
Kalau aku pun memang sakit hati.

Si kawan aku nih, nangis sampai bengkak mata. yala. orang yang kita sayang cakap camtuh. mane kasih sayang dia dengan kita? ape kau ingat,duit boleh buat anak?? bagi kasih sayang dengan kau?

Boyfriend dia. hilang. tetiba datang. then nak couple terus ajak  nak kahwin bagai. then kawan aku dia buat macam tuh. OMG. entah. macam mana nak cakap.

aku kesian dengan kawan aku tuh. Semoga tuhan bagi dia akal lebih sikit untuk fikir dan bezakan mane lelaki yang baik dan buruk.

"You deserve better than that guy,nagesh"

okay laa korang. kalau boyfriend korang macamni. ade lebih baik fikir dulu, bawak berbincang. Kalau tak dapat move on, then just break the relationship.

#xoxo